Monday, February 2, 2009

Ingin berjumpa sanak saudara

Wo wo wo wo balik kampung...hati girang


Ini gambo umah kat kg kalau zoom dari bawah umah. Buaian tu sblm ni kat bawah alang umah tapi mak buatkan tempat khas utk buai tu. buai tu mmg dah lama gila..sejak kecik lagi dah ada dan kat tepi tu parking la. kalau balik sumer takut takde tempat lak nak parking so abah buat la, kalau tak silap aku dalam 4 kete boleh muat..aiseh..camner bleh lupa ni. Mak aku kata, kalu sumer balik umah ni nampak mcm used car.

Ni plak tempat kitaorang slalu lepak lepas makan. Tempat ni sgt mendamaikan. Sebab tu aku setiap kali balik kg, setiap kali tu la aku rasa jatuh cinta ngan kg. Hijau dan sejuk kg ni mendamaikan. Nak plak kalo aku bgn pagi2 dlm kul 8am, bau udaranya sgt segar dan selesa.

Ni gambar anak buah aku, sumer ada 5 tapi yang lg 2 tu takde dalam gambar. Actually, 5 budak kecik ni dah cukup menggamatkan umah mak ngan abah. Yang terpekik terlolong, yang bergaduh, yang naik turun tangga..macam2. Yang kecik tu suka naik turun tangga sebab umah tu umah kayu/ papan so bila jalan tu mesti ada bunyi apalagi diaorang sukala..kalo overexcited tu siap berambat lagi satu umah. Nanti blh dgr mak aku menjerit takut runtuh umah.


Ni plak gambar anak sedara kesayangan laki aku,umurnya <3 tahun. Aritu laki aku tanya apa nama dia, katanya ain egha. Hobinya makan..makan dan makan. Ko suap la apa pun mesti dia makan sampaikan duit raya aku bagi aritu pun dia nak ngap masuk mulut.arrrr..tu bukan makanan..

Ni plak umah aku bahagian bwh, ruang tamu sebenar kat atas. Ni untuk immediate family la, datang bual2 tapi kalo orang lain mak suruh naik atas. Yang pakai kain batik peluk bantal orang tu mak aku. tepi dia plak bibik- kak han. Dia ni la yang tolong tengokkan haris ngan jimjim kalo chor keje.bibik ni dah boleh masuk bual ngan mak walaupun mak cakap perak..aku ase dia dah improve dia punya malay+perak accent kot. Yang tak berbaju tu abang aku dan baju putih tu kakak ipar aku. Deme tu tengah gossip la, apa lagi.


Ni adik lelaki aku, beza aku ngan dia dalam 3 tahun. Beberapa bulan yang lepas, dia sangat slim dan masa aku balik ni aku bagi dia nama baru iaitu TAMBUN.Aku cakap kat dia, kalo aman kurus kak mona panggil aman TAGOR tapi kalo aman gemuk kak mona panggil aman TAMBUN. Boleh muka dia blurrrrr ya amat dengar statement aku!

Ni pun adik pompuan aku,nona... dia ni orangnya manis..lembut dan pendek kata she is pleasant person. Skang blajo lagi kat PUO, masa ni anak buah aku si haris tu tengah meragam. Mesti korang tertanya-tanya bape sumer adik bradik aku kan!!!ramai..ikuti kisah hidup aku seterusnya untuk mengetahui berapa orang adik beradikku. One big family!! Biasanya bila balik kg, kitaorang adik beradik mesti ada aktiviti keluarga, favourite activity tak lain tak bukan karaoke dan makan2. Mak masak sedap,patutlah aman dah tambun!!Tapi, aku tengok abah maintain je tak gemuk tak kurus.

No comments:

Post a Comment