Monday, February 2, 2009

Family gathering

Bila cuti panjang selain dari ari raya, normally sumer adik beradik aku balik. Time tu umah mak abah riuh rendah dan setiap pelusuk umah mesti ada orang. Yelah, adik beradik aku 9 orang tak termasuh pasangan idup mereka dan anak2.
So activity pertama kami pada malam itu adalah BOWLING BERSAMA KELUARGA. Itu atas tu sumer gambar adik beradik aku. Yang baju merah tu abang sulung aku yang kami panggil chor, dalam loghat perak chor tu adalah sulung. Masa ni sumer tengah excited nak baling bola nak dapatkan strike, aku selaku juara longkang bermusim hanya mampu posing untuk menghilangkan rasa dengki kat orang lain yang asyik strike.


Yang ni adik aku, si baju kuning tu adik bungsu aku yang kami panggil Bir. Sangat manja ngan aku hinggakan sampai skang aku cium pipi dia lagi walaupun dah umur 19 tahun. Aku dulik apa, adik aku, aku sayang so aku cium la tapi kalo kat depan kengkawan dia, dia tak bagi cium, malu le kot so aku tak le cium dia depan kengkawan. Akur dengan duniawi!! Yang lagi sorang adik aku tu namanya edi, dia ni muda setahun je dari aku tapi keje kat ipoh. Dia pun ada sama so to all readers, he is taken already and most probably akan kahwin 2 tahun lagi.


Yang berbaju hitam tu kakak ipar aku, currently pregnant utk second child.. Masa ni muka dia sedikit pucat, maybe letih ataupun pembawak budak. So, dia duduk je kat situ tengok orang main.Aku ni yang takut, camne la rupa aku bila pregnant nanti..insyaallah. Yang kat tengah tu abang aku rasman, aku pun musykil apa sebab dia duduk terkepit kat situ. Dia ni mmg terer la main bowling, manjang strike nye. Tapi dia lebih suka main snooker instead of bowling. Kak ipar aku lagi sorang yang berbaju oren tu pada mulanya dia cuba nak rebut gelaran juara longkang aku tapi bila dia start baling bola, aku nengok berterabur je pin tu jatuh siap ada beberapa strike lagi. So secara tak langsung Ms. Ramarama berjaya mengekalkan gelaran juara longkang bermusim.

Aksi seorang juara menilik bola bertuah. Yang baju ijau tu adik aku yang si nona tu. Dia pun boleh tahan hebat gak main bowling ni, tengok la cara dia baling bola tu. Gambar sedikit blur, aku tak tau nape..aku dah cakap kat laki aku tapi dia buat derk je.

Ni adik aku namanya yah umur adalah rahsia, dia ni bawah si TAMBUN (refer to previous blog if you want to know who is TAMBUN). Belajar lagik kat USM, takde lak gambar dia tengah hayun bola masa ni. Masa ni si Ain tengah melepek ngan dia. Yah ni aku ase dah biasa main bowling sebab aku tengok bolanya cantik je perginye. Nasib dia tak rebut gelaran juara longkang bermusim aku.

Yang baju merah ni abang sulung aku, chor..perut tu dah susut sket aku tengok. Si cilik yang tengah baling tu anak sedara aku yang sulung a.k.a kakak ataupun assilah. Memula aku risau tengok dia pegang bola tu, takut terkena kaki ke ape..tapi kuat gak si kenit tu, pandai gak la main. So, makna kata mmg aku juara longkang lagi la untuk musim ini.


Yeah..ini dia juara longkang bermusim ingin memulakan balingan. Hanya dari posisi belakang kita sudah boleh jangka kehebatan bola yang akan masuk ke longkang. Bola merah tak dak so saya amik je la bola oren.

Itulah gaya seorang juara longkang, berjaya membaling bola tanpa menjatuhkan mana2 pin disamping kelajuan bola meniti longkang di tahap maksimum. Ada sesiapa berani challenge???

Tetiba laki aku sendiri nak challenge aku, sempat aku hangatkan dia..abang, kasut ngan baju abang matching arr....Reaction laki aku selepas dgr statement tu dia buat derk lagi..

Laki aku kalo main strike je manjang, abis camne nak challenge aku. Last raya masa main pun dia gak menang, manjang je menangnye..bila orang tanya kata tak pandai main, abis berterabur pin tu, strike je manjang apa tak ghetinye..aku plak yang sentap.


Gambar ni diambil masa sumer orang dah nak sedikit letih la, tangan dah sedikit sakit. Tangan aku pun dah melecet kata chor, so baik aku ngambik gambo..ada gak pekdahnye. Aku dari tadi terlompat-lompat kat situ.

Ni adalah gambo2 selingan sewaktu di sana. Abang aku, Ayed ada datang tapi dia takde dalam gambo sume. Apekah aku terlupa nak snap ataupun aku sibuk nak masukkan bola lam longkang, aku pun tak tau. Takpe, untuk entry seterusnya ada gambo abangku. Sebagai bukti abang aku menghadiri family gathering tersebut, ini ada gambo aku ngan kak ikin (isteri abang aku). Adikku TAMBUN pun takde masa ni sebab masa kitaorang pergi, dia tak de kat umah so takleh le ngikut. Kalau dia ada boleh la ikut skali sebab ada 5 kete yang datang ke bowling ni.

No comments:

Post a Comment