Saturday, January 24, 2009

It's been so loooonnggggggggg..

Gambar ni diambil sehari sebelum aku attend exhibition fair kat convention tu. Malam tu aku pegi makan aiskrim kat one of the mall. Shopping sket..tapi shopping biasa2 je la. Routine aku every month is shopping. itu tak bermakna aku ni shopholic cuma this is how i try to minimize my stress. Halloooo..i am trying to avoid myself daripada breakdown ok.




Orang lain yang berjanji, orang lain lak kena tunaikan janji tu. Apa citer???? Yelah, mmg actually aku yang kene update blog aku especially exhibition tu. Dah 2 minggu baru aku dapat update.


Ni gambar aku masa kat fair tu lah. Time ni aku dah penat santak sangap litak, event start kol 11am dan abis around 7pm. Agak2 la berapa lama aku kene berdiri kat situ. Duduk kejap2 je. Penat bang!!! Then, Mr Manager pun sampai terus suruh aku posing. Sah2 la aku takde mood sangat kan. Perut aku lagi lapar.


Ni dekat booth The Otomotif College, aku mmg terpegun la tgk diaorang punya booth. superb..thumbs up guys..keep up the good work. Nampak tak kete kuning tu, aku tak naik cuma ushar dari jauh je.



Last pose before balik. aku kalo amik gambo, mana reti senyum..menggedik tu reti la.


Ni one of the great great sifu college. Mmg ramai orang la, sesak kat sana,aku lalu tepi je la.


Ni kat luar lak..time ni aku dah sakit kaki. Mmg otak aku dah stop berfungsi dan aku cuma ingat satu je..katil...katil...katil...nak tido..nak tido..

Sunday, January 11, 2009

Juz Another Sunday...



Arini Ms Rama-Rama agak bz, coz she's attending an education fair kat Convention Centre, KLCC, College Rima die ade open booth la kt sne. So, die involved in the fair this week, juz tolong the marketing team. Tolong tgk kot. hehe.

The fair start from 10 am td till 7 pm ni. Skit lg, dlm ptg skit i pn nk g sne. Coz i kne fetch her up. Disamping tu blh gak pusing2 kt situ n the best part bleh amik gambar!!! then bleh la upload kt entry ni nanti.





Memandangkan Ms Rama-Rama xde tghari ni, so kne la pandai2 cari makanan sndri... nk kuar cam pnas je lg.. last2 msak la sndri.. tp xde la gempak sgt masaknye.. scrammble egg (telur dadar je sbnarnye) n baked beans. Biase la 'tank' kcik, mkn skit je.. Ptg kang pas amik Ms Rama-Rama bru g mkn btul2.. trus dinner la kot. Orait.. Slamat Berhujung minggu!!!

Saturday, January 10, 2009

Laluan itu..mengingatkan aku


Laluan itu..
Terlalu jauh dan berliku
Perih berjalan berbatu-batu
untuk satu arah tuju

Laluan itu..
mengingatkan aku satu masa dulu
pada usaha gigihku untuk maju
walau tersadung bertalu-talu

Laluan itu..
pernah menjadi guru
mengajarku erti kehidupan baru
berubah agar lebih berilmu
mencanting hidup mencorak awan yang biru

Pulang ke kota

Sambung balik ttg issue yang tak abis kat bukit tinggi tu. So sblm balik singgah skali lagik kat colmar tropicale sbb kete park kat sana then nak lukih gambar. Masa aku sampai kat sana mmg nak lukih gambo tapi orang ramai la sangat..malas nak tunggu so decide gi tempat lain dulu lah.


Ni masa brader ni tgh lukih gambar la, kami dah mintak izin nak amik gambar dia n dia pun tak kisah. Satu muka kalau black and white dia charge RM20 tapi kalo warne dalam RM35 tak salah la. So aku prefer black and white instead of colour sbb kalo kaler nye nampak cam kartun sangat...tak nak!

Inilah hasil selepas brader to siap melukis..so korang jangan expect your picture to be the same 100% as ini gambar you all dalam bentuk kartun la. Gambar ni kitaorang bayar dlm RM45 sebab laminate dalam RM5.Aku ingat nak bingkaikan tapi setakat ni masih tersadai lagi kat atas electronic keyboard si pengurus. Tengok lah..bebila aku gi ikea aku belilah bingkai putih.


Masa untuk pulang, badan pun dah penat, kekusutan otak pun telah terungkai, jiwa pun dah tenang so perlu pulang ke kota untuk bergelut kembali dengan segala kekalutan.

Aku gerun!!!



Dalam previous entry aku ada gambar aku ngan arnab ni so aku nak disclose betapa beraninya aku menyentuh arnab itu walaupun ketar2 tangan aku..geli seii..aku tengok gigi dia lebih besar dari jari aku, kalau digigitnya jari aku mau berbirat ni. Aku pegang pun sebab kene paksa..aku tak suka tul org paksa aku nih..benci!!



ni gambar selingan je la, selain dari arnab ada gak menatang lain..sume kat sini aku tak pegang.


yang ni aku paling takut gile walaupun dipaksa..muka aku nak nangih tu sbb kene amik gambor ngan donkey miang nih.
Time ni mmg aku seram sejuk dibuatnya,walaupun dipaksa oleh si manager untuk memanjakan dia aku tetap tanak..tanak..tanak...geli...aku musykil gila ngan donkey ni..ape sebab dia tetiba nak tayang gigi dia kat aku. Masa si manager pegang dia takde lak dia nak menyerengih camtu, masa aku pegi dekat excited lak donkey ni..

Seperti yang dijanjikan


Mak aiii..tajuk kat atas tu....bunyik cam bagus tapi hampeh..sebab aku dah janji nak update pasal citer kat taman jepun ni kan, so i keep my promise this time. Walaupun mr manager tak upload gambor ni so aku buat sendiri. gambar kat atas ni umah ala replica jepun la. cantik tapi kecik. Muka aku time tu cam tengah sentap kan tapi sebenarnya aku lapar....


Ni kat tepi kolam.Masa aku melepak tengok ikan gemuk kat sini ada la beberapa orang siap pakai kimono tgh amik gambar. kalau tak silap untuk sewa kimono tu dalam rm20,aku tak sewa pun malas!


ni pintu masuk dia, aku tengah nak ukur sampai ke tangan aku kat alang tu..haram!!


aku dah lupa bape paras tempat tu dari sea level. cuba korang beliak mata dan tengok jari tunjuk aku tu..Macam aku cakap kat entry sblm ni la, kat sini sejuk sket compare colmar tropicale tu.

Colmar Tropicale


Bulan december aritu dikenali sbg bulan bercuti maybe untuk half of penduduk m'sia.Disebabkan december tu sem break for my students so aku takde class langsung for 2 weeks. Spnjg 2 mggu tu aku menghabiskan masa ngan keje admin je la.Then,si pengurus ajak aku jejalan ke bukit tinggi,memandangkan tempat yang dituju tu masih dlm budget so aku on je la.

so, ini pemandangan pertama la. sampai je sini parking kete terus jalan ke tempat ni. ini kali kedua aku sampai sini, tak banyak perubahan even after 5 years. Castle kat tepi pun aku tgk tak siap abis lagi.

Pemandangan kat sana..SUPERB!!!


Ni aku bergambo kat clock tower, masa ni baru sampai, tak le penat sangat so aku ada mood lagik la nak bergambo. Muka pun belum berminyak lagi time nih.

Last time aku pegi kalau tak silap la entrance fee dia lam RM15 asenye tapi kali ni diaorang dah reduce so dalam RM10 hinggit je. Perjalanan dari KL takde la jauh sgt, maybe dlm 45 mins.

Kat sini aku tak nampak pun bas yang direct ke sini so aku ase mostly of the visitor prefer to drive la kot. Sebab dekat n aku pun pegi balik hari je. Tak tido sana pun.

Masa aku sampai sini punyalah banyak umat, nak amik gambo pun macam nak kena queue, heran lak..lastime aku pegi takde la camni payahnye




Ni pemandangan dari atas tower tuh. Mmg cantik la tapi cuaca tak sejuk sangat sbb masa ni aku dah berpeluh dan muka aku pun dah berminyak gitu. Aku kalo peluh2 ni mula la runsing!!















Kalo tengok bebetul, umah ni diperbuat dari cookies gitu, real cookies ok sbb aku dah pegang. Ini kononnya rumah hansel and gretel - fairy tale story masa kita kecik kecik dolu kalu tak silap aku la.Disebabkan december musim xmas so perhiasan kt dlm umah kecik tu ala2 xmas decoration gitu.







Kalau turun kat bahagian bawah tu ada dua kolam sebalah kiri dan kanan. Sebelah kiri kolam ada dua ekor swan kaler itam kanan lak kaler putih. Last five years aku datang pun gitu jugak. Swan kat situ dah cukup gemuk, tak yah beli makanan pun takpe.

Gambo ni diamik kat dpan kdai jual souvenir tuh. ada memacam la, aku beli la sket2 sbg tanda kenagan gitu. Pastu aku letak kat opis, bagi nampak cantik sket meja opis aku tu.


Kemudian aku naik la bas ni menuju ke Taman Jepun. Kat sini agak sejuk sket compare kat colmar tropicale nih. Bas ni laju la gak walaupun naik bukit tapi kalau bertembung ngan another bas dia slow sket la sbb jalan kecik. Nak naik kete pun boleh tapi aku saja nak merasa naik menatang nih. Aku dapat duduk kat blakang skali.


Masa ni muka aku dah start berminyak dah. Kalau kumpul dalam balang, dah boleh goreng ikan. Untuk issue kat taman jepun and taman arnab aku update kat next entry la k.

Friday, January 9, 2009

Simbolik...

Ada satu lagu yangku ingat sampai skang,nyanyi masa tadika dolu-dolu

DARI ULAT JADI KEPOMPONG
DUDUK TIDUR DALAM KELONGSONG
CUKUP MASA KEMPOMPONG PECAH
JADI RAMA-RAMA YANG INDAH

Pada sesapa yang penah dgr lagu ni..maksudnya tersangat simbolik..tak semestinya ia berkaitan ngan kecantikan fizikal seseorang tapi ia maybe kita boleh kaitkan ngan benda lain.Mungkin kejayaan dalam hidup kita tapi second rangkap tu aku tak suka (aku tak tulih pun kat sini about second rangkap tu)..pelik sket munyik nye untuk dikaitkan..boleh gitu..ye..aku hanya akan publish benda yang aku suka dan it same to blog readers,i mean if you like my blog..anda di alu-alukan,kecik tapak tangan nyiru saya tadahkan tapi if you dont like it, you dont have to read it..since this is my first entry, i would like to introduce myself.

ini adalah saya, baru balik dari lcct dan disbbkan takde port paling cantik nak amik gambar..peti ais pun jadilah..
Actually, sblm tu i went to klia ingatkan mak turun kat klia ghupenye kene ke LCCT yang berkilo-kilo jauhnya. Dah le kene bayor parking pas tu tak berbaloi lak untuk 15 mins.






Ini gambo Tower kat klia tu, snap ala kadar je la sbb dlm kete. Pada sesape yang tak penah sampai tu, klia ni cantik dan sgt teratur le. cume parking space tu kecik sket untuk kete..kalo tak hati2 bukak pintu blh kena kete sebelah.









Ini plak LCCT, kat tepi ni actually tak dibenarkan berhenti utk amik penumpang tapi korng nampak tak ade 5 bijik kete kat depan tu? termasuk le tukang amik gambor skali maknanya ade 6 bijik kete yang tak paham bahasa!







Maybe ada org tertanya2 apa beza LCCT ngan KLIA. Nape stengah kene amik kat sana nape tak kat KLIA je. Aku dimaklumkan oleh orang yang untuk airasia kene amik kat LCCT tapi kalo MAS kat KLIA. Orang yang kata, bukan aku..aku tukang tulih je.


Well, ini adalah Encik pemandu yang bertanggungjawab memandu saya kemana termasuk arah tuju idupku...Beliau gak adalah org yang btanggungjwb sume bkenaan blog. Dr upload gambo sampai le background.Aku tukang tulih je..Pendek kata dia manager le...termasuk financial issue aku..erk tapi bukan itu bermakna aku tak tau kira duit tapi aku pegang satu falsafah, let's expert yang buat. Kang kalo aku kira kang, jadik lain..kasut je lah yang aku beli tetiap bulan pakainya idak.






Thursday, January 8, 2009

Satu tugas baru

Today,aku ditugaskan utk mengajar every tuesday and thursday kat sme bank. Lecture for buss. admin course. Sebelum ni aku hanya mengajar kat college je and to all college students only tapi aku ditugaskan untuk melaksanakan 8 weeks training at new place. Dengan perasaan yang bercampur baur aku gerakkan kaki aku ke sana. Yelah, aku tak tau sapa students aku tu, camne deme punye attitude dan level of understanding tu penting la sangat.

6.10pm aku dah tercongok kat sana (commitment plak) then aku dan boss gi jumpa org yang sepatutnya and settle few things before i start first session. Masa nak start tu, someone from HR dept introduce me la to all students. Bit touching sbb siap ada script disediakan utk aku. Yelah, sblm ni aku hentam kromo je masuk kelas mana ade sesape nak introduce aku..pepandai aku lah nk handle camne. Aku buat la sket ice-breaking session pastu aku start class. Takde makna aku nak hold lelama sbb diaorang ni professional so tak yah aku nak buat task group hape.tengok le, on thursday aku amik gambor deme ni..manis-manis orang di sana tp majoriti dah berpunya le aku agak.

8.30pm class dismiss, aku happy sbb dah blh balik..bsama ngan nasik sme bank bekalkan kat aku...sedap yek makanan tu.Aku dh kenyang, post dah update..Ms RamaRama perlu masuk semula ke dlm kelongson

Monday, January 5, 2009

Ms. RamaRama First Entry

On 12.41am lappie time, baru dapat update this blog itupun selepas begging hubby to expedite it. ...yelah..lambat sesangat.saya bagi dateline kat dia tapi alhamdullilah, dia commitment la sket utk buat blog ni before due date. yang ni consider as first entry la so off course i need to introduce myself..tak gitu??Yes,secara tak langsung saya melantik teman sebantal saya untuk menguruskan semua sekali perihal blog ini and indirectly dia tu manager untuk blog ni la. segala urusan utk background and picture upload saya serahkan bulat2 pada dia. ini kerana i prefer to let an expert to handle it sebab kalau saya yg buat takut nanti jadik lain, tangan tak berbedung kata!
seperti yang dimaklumkan oleh si pengurus, ini adalah personal blog semata-mata and pada yang berminat untuk membaca...kecik tapak tangan stadium selayang gua tadahkan but one thing that i fully aware sblm encik manager create blog ni...tak sume orang suka baca personal blog cenggini but again i am not create my blog to please anyone. This blog is only for those ppl yang suka nak baca cerita2 saya dan jadual harian saya yang tersangat simple...
Di atas adalah saya..sila ambil perhatian..saya yang dimaksudkan bukan si telinga panjang cik arnab. Sebaliknya saya yang bertinggung kat tepi tu (actually gua takut bangat ngan si arnab ni) sebab tu ushar dari jauh je..tu tahap berani paling maksimum la tu.
Saya yang dikenali sbg Ms. RamaRama telah banyak usianya dan sudah pun hampir menganjak ke 30thn.Mencari rezeki yang halal, mengajar bebudak di kolej swasta major in secretarial course. Kalau di kolej, mereka panggil saya Ms. Intan tapi kalo di rumah tu mak saya prefer menggunakan nama timang-timangan saya but i prefer not to disclose it here. Nama tu special and it just for family members only..oh tidak....tidak lagi solo ataupun senang cakap not available.Walaubagaimanapun, saya masih belum bersedia untuk dikenali sbg Puan Intan kerana rasanya terlalu muda untuk menjadi Puan walaupun kaedahnya dah kahwin. Saya amat menggemari warna merah kaedahnya sejak saya berusia 7 tahun lagi dimana cikgu skolah rendah saya telah meletakkan nama saya dalam pasukan sukan rumah merah..mak suka!!!
To all readers, thank you sebab spend your time utk visiting my site..let's share our story and hope you ENJOY!!!

Salam...

Actually ini mgkn 1st post utk blog cik Rama-Rama ni... Blog ni bleh la dikategorikan sbgi personal blog yg ade photo or best said its a photo blog. Yeke? ntah yela kot..
so, nk knalkn diri dlu.. ;P Saya tukang tulis, yg create blog RedDot ni especially 4 my wife (Ms Rama-Rama). Hehe...



Huh... gmbr kepenatan mendaki tgga... sme pnat la cm buat blog ni... Dh la Ms Rama-Rama nk cpat lak tu... siap bg dateline tu.. dhla aku pun xbpe reti, tp utk wife tersyg, blasah jela.. so inilah hasilnye.. tp xbpe perfect lgla.. yela nothing is perfect rite..?

So this post actually utk testing je.. xtau nk tlis ape pn.. Anyway salam perknalan.. Let's Ms Rama-Rama yg update posting utk blog ni pasni.. Bye. Wasalam.

Sunday, January 4, 2009

Colmar Tropicale, Pahang





Jalan-jalan kat Colmar Tropicale, Berjaya Resort, Pahang