Thursday, February 5, 2009

Mahkota Parade...Malacca

Lepas je makan, kami terus berjalan ke mahkota parade..kata walking distance so kitaorang jalan la sambil menghirup udara baru di sana. Abih, kalo kat kl asik sedut asap je..asap moto, asap kete, asap foging, asap okok, asap segala asap. Kat sini pun ada gak la asap tu sumer tapi tak setebal kat kl. Gambar2 ni sume kabur sbb amik pakai hp, masa ni lupa nak bawak camera.


Ni lah pemandangan dalam mahkota parade ni..Kami tak beli banyak barang pun kali ni sbb budget tidak begitu mengijinkan so beli yang ala kadar je la..tapi takpe, lenkali buleh datang lagi sbb laki aku dah hapal jalan..


Masa aku godek2 lappie ni aku jumpa lak gambo jam ni sume tah masa bila laki aku snap aku pun tak pasti. Dia ni mmg gemar jam, kalo dapat tengok jam mau berjam-jam. Aku minat gak la sebab terikutkan dia tapi aku lebih gila kasut....


Laki aku suka wane oren so off course la dia akan amik gambar jam yang kaler oren tuh. Aku dah masak sangat dah..kalo nampak kaler oren je terus dia cair...


Masa dia tengah tengok jam ni, dia ada panggil aku tanya opinion aku ttg jam adidas yang kaler putih tu. Mmg aku berkenan betul walaupun aku dah ada dua jam kaler putih termasuk jam hantaran aku dulu. Yang ni mcm sporty sket tapi wah wah..tunggulah birthday kita nanti..


Tengah pupusing, aku nampak ada kasut2 tergantung..apalagi, aku tukar gear 4 terus datang ke sini. Aku terpandangkan yang wane2 merah tu banyak..wah, hati aku gembira..apatah lagi aku mmg suka pakai sandal. Kalo dulu aku suka pakai heels, tapi semenjak dah berumur ni aku asik nak beli sandal je. Regenye pulak sangat la murah dan berbaloi RM 19.90..aku nak dua..


Sandal merah yang aku pegang tu la yang menjadi pujaan hatiku. Tapi apa yang membuatkan aku ase terkilan sampai arini bila sales girl tu kata tak de size aku, dah abis. Laki aku pujuk gak la suruh amik kaler lain..tanok..lain tak cantik..aku terus tak jadi nak beli walaupun sepasang kat situ..ati masih sedih..nanti aku nak carik kat kl lah.

Masa ni aku dah nak balik, sempat singgah MPH beli buku ujang. Time ni muka aku mmg tengah menyentap gila sbb tak dapat kasut baru. Aku mmg cenggini, kalo aku suka satu benda tu mmg aku nak tak ngira. Tapi sbb aku dah dpt buku so aku senyap la sket..

Asam Pedas!!

Al-kisah, laki aku mmg dah suruh aku update entry semalam, tapi aku sampai umah je dekat nak pukul 10++ dan badan aku tersangatlah penatnya. Abis, aku sampai office pagi semalam dalam pukul 7.30pagi pastu balik keje lak dalam 9.30mlm so bayangkan berapa lama aku abiskan masa kat office tu sampai aku naik muak tengok bilik aku kat office tu. Banyak benda pending nak kena settle sebab by next monday cuti untuk thaipusam. Aku punya prinsip satu je, kalo cuti tu maknanya cuti la, aku tak nak pikir sangat pasal keje. Mmg aku rehatkan minda aku tahap mega.

So, update for today tak abis lagi pasal entry kat malacca. Lepas je kitaorang sampai kat bandar di hilir, kami check in hotel amik 3 bilik. Kendian, aku ase nak melepak minum kat area hotel tu je sebab hotel tu berhampiran ngan mahkota parade dan ada banyak kedai minum area situ. Sekali, sampai kat situ aku nampak ada banyak kedai jual makanan lazat2 so apalagi kitaorang pun decide nak makan asam pedas yang sangat terkenal di melaka. Kalau kat perak, biasanya asam pedas ni tak sepekat kat melaka..

So, ni lah ghupe asam pedas tu. Laki aku yang beria-ia nak try, aku makan nasi kandar je dan dia yang makan asam pedas ni, aku rasa gak la skit2 sekali lazat tuh....nyesal lak. Sebenarnya, aku bukanlah penggemar asam pedas ni..aku lebih prefer gulai lemak, kari ataupun tempoyak. Pada aku asam pedas ni kalau ada depan mata aku makan le, nama nak mengorder tu idak le..



Kalo kat kl, nasik biasanya sikit je si pekedai tu isi tapi kat sini..wah..menimbun. Tulah menu kami laki bini sebaik je sampai di melaka. Aku order minuman kegemaran milo ais disamping ikan keli masak cili. Laki aku tekak orang melaka kali ni wehhh..


Masa ni aku ngah sibuk makan sampai tak perasan laki aku snap. Lapor lak bila aku tengok lauk pauk berderet tersusun kat stall tu. Apalagi, aktiviti membuncitkan perut bermula...


Kendian, inilah hasilnya...makanan hampir habis dibaham oleh dua piranha. Harga pun berbaloi, mmg bukan aku yang bayor tapi kalau tak silap aku sume tu dalam RM10 tapi tak termasuk air la. Okay ape, kalo kat area opis aku ni tak tau la bape, koman2 dalam RM17.


Masa ni aku tengah sendawa, kenyang..aku saje suruh laki aku amik gambo aku sendawa..mengaborkan aku ini sangat kenyang. Lepas makan baru minum air, sebab abah penah pesan kalau makan jangan bersulam ngan air..


Laki aku lak sendawa, pendek kata mmg aritu aku ngan laki aku lumba2 sendawa la. Aku ase laki aku la juara kot..dia kan makan banyak. Ingat, sendawa lebih dari 3 kali maknanya serupa mcm makan harta anak yatim...tak ikut sunnah nabi, tak kunyah makanan 44 kali sbb tu lambat kenyang so nanti makanan tu lambat digest......mak aku kata. Aku ase aku 2 kali je kot...


Selepas makan, kami tapaukan air untuk mak,abah ngan abang kakak aku sebab diaorang tengah semayang masa kami turun tadi. Malam nanti baru makan reramai..makan lagi..