So, update for today tak abis lagi pasal entry kat malacca. Lepas je kitaorang sampai kat bandar di hilir, kami check in hotel amik 3 bilik. Kendian, aku ase nak melepak minum kat area hotel tu je sebab hotel tu berhampiran ngan mahkota parade dan ada banyak kedai minum area situ. Sekali, sampai kat situ aku nampak ada banyak kedai jual makanan lazat2 so apalagi kitaorang pun decide nak makan asam pedas yang sangat terkenal di melaka. Kalau kat perak, biasanya asam pedas ni tak sepekat kat melaka..
So, ni lah ghupe asam pedas tu. Laki aku yang beria-ia nak try, aku makan nasi kandar je dan dia yang makan asam pedas ni, aku rasa gak la skit2 sekali lazat tuh....nyesal lak. Sebenarnya, aku bukanlah penggemar asam pedas ni..aku lebih prefer gulai lemak, kari ataupun tempoyak. Pada aku asam pedas ni kalau ada depan mata aku makan le, nama nak mengorder tu idak le..
Kalo kat kl, nasik biasanya sikit je si pekedai tu isi tapi kat sini..wah..menimbun. Tulah menu kami laki bini sebaik je sampai di melaka. Aku order minuman kegemaran milo ais disamping ikan keli masak cili. Laki aku tekak orang melaka kali ni wehhh..
Masa ni aku ngah sibuk makan sampai tak perasan laki aku snap. Lapor lak bila aku tengok lauk pauk berderet tersusun kat stall tu. Apalagi, aktiviti membuncitkan perut bermula...
Kendian, inilah hasilnya...makanan hampir habis dibaham oleh dua piranha. Harga pun berbaloi, mmg bukan aku yang bayor tapi kalau tak silap aku sume tu dalam RM10 tapi tak termasuk air la. Okay ape, kalo kat area opis aku ni tak tau la bape, koman2 dalam RM17.
Laki aku lak sendawa, pendek kata mmg aritu aku ngan laki aku lumba2 sendawa la. Aku ase laki aku la juara kot..dia kan makan banyak. Ingat, sendawa lebih dari 3 kali maknanya serupa mcm makan harta anak yatim...tak ikut sunnah nabi, tak kunyah makanan 44 kali sbb tu lambat kenyang so nanti makanan tu lambat digest......mak aku kata. Aku ase aku 2 kali je kot...
Selepas makan, kami tapaukan air untuk mak,abah ngan abang kakak aku sebab diaorang tengah semayang masa kami turun tadi. Malam nanti baru makan reramai..makan lagi..
No comments:
Post a Comment