Sunday, February 15, 2009

Retrieved old memory

Actually, mmg agak terlewat utk aku ucapkan but maybe this is the right time for me to say thanks to my hubby. He did a good job on my birthday walaupun bukan makan kat hotel 5 star tapi aku cukup happy dan terharu. Tengah aku godek2 lappie ni aku jumpa lak gambo lelama masa birthday aku aritu so aku upload je la. Tgh takde citer nak di story morykan ni.


Ni gambar aku masa celebrate birthday aku berdua je ngan laki aku. Tengahari tu aku mmg ada kelas la so without my presence dia pegi beli kek, hadiah dan masak spagethi utk aku. After class, dia datang amik aku dan terus balik umah. Masuk je kete, ada sejambak munge untuk aku yg cukup utk membuatkan aku ase sangat berbunga2 utk tahu apa hadia selanjutnya. Ingatkan dia nak bwk aku pegi makan kat mana2 tapi dia terus bawak aku balik umah.

Sampai je kat umah, aku tengok laki aku dah ubah kedudukan meja jepun tu dan ada pinggan sket kat atas tu. Actually, laki aku tak sempat siapkan sebelum pukul 5 tu yang tak takde makanan lagi kat atas tu. Aku pun agak terharu la bila dia sggp buat sume ni, maklumlah bukan senang nak tengok laki aku buat kerja berhias ni.

So, lepas makan bagai aku pun dapat la beberapa adiah lain lagi yang aku ase tak payah le aku disclose kat sini..Mmg birthday celebration kali ni berbeza dari tahun sebelumnya..aku sedikit sbyk rasa terharu gak la..

So, dikesempatan ini..i would like to thanks for everything you've done to make me happy...It's mean world to me..There's a lot of things i want to say, tapi kita citer lain la ek..tak yah citer kat sini...thanks abang..


Yeah, let's party then..(SILA AMBIK PERHATIAN, ITU AIR SPARKLING K..bukan chivas, jim beam ataupun wine) halal tuh air tuh k...

7 SEBAB Kenapa saya jarang update blog ini

Pertama, kerana jadual aku yg tersgt la sibukkkkkkkkkk..mmg tetiap mlm aku mengadap lappie tapi ada byk benda yg aku kena buat, check, selidik dan mcm2 lagi. Sejak bulan december jadual aku tak menentu especially slps boss aku arrange night classes for me. 85% of my commitment jatuh kat lecture issue, before class mcm2 preparation aku kena buat memandangkan all of my students tu spoonfeeder. Biasanya sampai umah dah lewat, badan aku mmg dah penat sgt dan before 12am aku dah kena masuk ke kepompong utk pastikan aku bisa bgn keesokkan harinya.

Kedua, badanku capek..sangat letih dan penat. Everyday, aku bangun seawal pagi dan bersiap utk keje. Sampai office dalam 8++ dan balik umah dlm kol 9mlm atau 10mlm. So most of the time aku mmg takde kat umah..masa yang aku ada kat umah lebih kurang dlm 9 - 10 jam sahaja. Lagi 14 jam aku berada di office, jadinya itu la masa yang aku ada utk qada tidur, kemas umah, update blog dan bermacam2 lagi. Sbb tu bila ari ahad, mmg aku tido spanjang ari.

Ketiga, memandangkan blog ni masih belum siap sepenuhnya dan belum fully advertise lagi so aku masih boleh amik sweet time aku la. Hopefully by end of this month, aku dah tak busy lagi. Sbb end of february aku dah blh abis syllabus utk night class for tuesday and thursday. harapnya tidurku selepas ini enak dan asyik..waduh!!!

Keempat, walaupun lakiku slalu suruh aku update tapi dia tidak mengingatkan aku sekerap mungkin sdgkan dia tau sikap aku mcm pahat ngan tukul. Aku dah biasa buat keje ada dateline, bila takde dateline ataupun objective, sdikit sbyk tu aku tersasar la.. normal human so adatlah tu.

Kelima, disbbkan lappie ni dah sekian lama tak berformat maka tahap kelembapan dia sgt la maksimum. Aku mmg pantang ngan lembap2 ni, mmg laki aku kata dia nak format balik lappie ni tapi biasalah aku ngan laki aku ni lebih kurang je. pahat ngan tukul gak...well...that's make us a perfect couple hubby!!!

Keenam, kengkadang tetiap mlm ada je citer best yg aku kena tengok dan mmg tak leh miss so aku tak leh buat apa sbb aku bila tgk tv mmg concentrate. Pada aku, movie ni santapan jiwa sbb bila ku stress aku cpt relieve.

Ketujuh, bila nak update blog ni normally kene ada benda yang nak diceritakan so kalo takde pape yang menarik aritu asenye takkan aku nak citer. Perlu ke aku citer susah sedih aku kat office atau perasaan gundah gulana aku? Asenye menda2 tu sume boleh menjatuhkan, bila aku sedih..aku akan berkongsi ngan adik sedara kesayangan aku Fatin. Dia sgt memahami dan byk benda aku blh sembang..gossip pun ada gak.

Aku ase, sume tu alasan je kot sbb blogger yang tegar ni even dia takde masa pun dia tetap akan luangkan masa dia utk update, sepenat mana pun badan still akan update even only one entry per day, bila dh tau tak ramai visitor so blogger akan war war kan pada org psl blognya agar org blh visit dan blogger yg tegar akan cari dan sediakan cerita kalau dah tau takde citer. Jump to conclusion, aku belum tegar lagi...ye lah...aku cuba ubah k.

Friday, February 6, 2009

Jonker Street

Aktiviti malam di sana, takkan nak bawak mak ngan abah karaoke atau main bowling kot..haruslah tak seswai tempat tersebut. So, abang aku decide untuk pergi bersiar-siar kat area jonker street. Pemandangan kat sana mmg superb...especially waktu malam la ngan lampu neon dia yang buat aku skali lagi leka. Cantik..mmg cantik..kat kl banyak gak lampu cantik2 tapi dalam banyak2 tempat yang aku penah pegi, aku ase lampu kat garage kete umah mak abah aku lagi cantik. Nantilah, bila aku balik kg lagi skali..aku suruh laki aku snap gambor kat garage tu. Mungkin sbb aku mmg pencinta kampung yang tegar...sekali lagi aku tegaskan, aku tidak lagi betah tggl di kl.



Masa ni kitaorang nak ke jonker street so sempat posing lg la ngan assilah...tgk gambo ni aku ase kembali muda lak..adakah aku je yang perasan??





Stadthuys ni nama bangunan yg kaler merah2 (merah lagi) yg kite slalu nmpak atau terbayang klu sbut psal Melaka, pendek kata cam dah bleh jd trademark la untuk negeri bersejarah ni. Bangunan ni salah satu lagi hasil kesan peninggalan Portugis kot.. emm Portugis ke Belanda..? Ade sape2 yg leh tlg jwbkan tak.. :p


Masa aku dtg tu, tempat tu mmg sesak..ramai gile la ngan umat..jalan mmg berlaga je la..so mak abah malas nak join kat dalam tu so diaorg decide nak minum nearest stall kat situ. Abang aku belikan air untuk diaorang sbb diaorang still kenyang lagi..pastu kitaorang pun jenjalan la tapi tak snap gambo pun sbb ramai sgt org, tak dapat nak kuar kamera pun. Masa aku berjalan ke jonker street, aku nampak banyak bangunan kaler merah2..aku terpana lagi skali...



Time ni, kitaorng baru lepas park keta dkt ngan area situ la..masa nak cross road tu nampak lak meriam ni so sedikit terpaku..kengkadang aku rasa aku ni jakun..jakun nengok tempat ni yang menarik dgn khazanah lama. Seperti yang dijanjikan on my previous entry, yang berbaju hitam seluar pendek khaki tu adalah abang aku- ayed. Masa ni tak nampak jelas sgt la, so wait for another entry and hopefully i able to upload gambor dia.



Bangunan merah..yang mamat 2 org tu saper ek? ngape ada dlm gambor ni?


Time ni laki aku tgh mood nak bergambo, so assilah pun join skali la. Si Assilah ni mmg gemar bergambo, posingnya tak payah disuruh2, dia tau je nak posing sndirik.


Restoran ni plak dkt ngan hotel kitaorg duduk tu, aku suka ngan pintu, tingkap dan bunga kat situ. Nampak sangat cantik dan mcm umah babanyonya dodulu.

Thursday, February 5, 2009

Mahkota Parade...Malacca

Lepas je makan, kami terus berjalan ke mahkota parade..kata walking distance so kitaorang jalan la sambil menghirup udara baru di sana. Abih, kalo kat kl asik sedut asap je..asap moto, asap kete, asap foging, asap okok, asap segala asap. Kat sini pun ada gak la asap tu sumer tapi tak setebal kat kl. Gambar2 ni sume kabur sbb amik pakai hp, masa ni lupa nak bawak camera.


Ni lah pemandangan dalam mahkota parade ni..Kami tak beli banyak barang pun kali ni sbb budget tidak begitu mengijinkan so beli yang ala kadar je la..tapi takpe, lenkali buleh datang lagi sbb laki aku dah hapal jalan..


Masa aku godek2 lappie ni aku jumpa lak gambo jam ni sume tah masa bila laki aku snap aku pun tak pasti. Dia ni mmg gemar jam, kalo dapat tengok jam mau berjam-jam. Aku minat gak la sebab terikutkan dia tapi aku lebih gila kasut....


Laki aku suka wane oren so off course la dia akan amik gambar jam yang kaler oren tuh. Aku dah masak sangat dah..kalo nampak kaler oren je terus dia cair...


Masa dia tengah tengok jam ni, dia ada panggil aku tanya opinion aku ttg jam adidas yang kaler putih tu. Mmg aku berkenan betul walaupun aku dah ada dua jam kaler putih termasuk jam hantaran aku dulu. Yang ni mcm sporty sket tapi wah wah..tunggulah birthday kita nanti..


Tengah pupusing, aku nampak ada kasut2 tergantung..apalagi, aku tukar gear 4 terus datang ke sini. Aku terpandangkan yang wane2 merah tu banyak..wah, hati aku gembira..apatah lagi aku mmg suka pakai sandal. Kalo dulu aku suka pakai heels, tapi semenjak dah berumur ni aku asik nak beli sandal je. Regenye pulak sangat la murah dan berbaloi RM 19.90..aku nak dua..


Sandal merah yang aku pegang tu la yang menjadi pujaan hatiku. Tapi apa yang membuatkan aku ase terkilan sampai arini bila sales girl tu kata tak de size aku, dah abis. Laki aku pujuk gak la suruh amik kaler lain..tanok..lain tak cantik..aku terus tak jadi nak beli walaupun sepasang kat situ..ati masih sedih..nanti aku nak carik kat kl lah.

Masa ni aku dah nak balik, sempat singgah MPH beli buku ujang. Time ni muka aku mmg tengah menyentap gila sbb tak dapat kasut baru. Aku mmg cenggini, kalo aku suka satu benda tu mmg aku nak tak ngira. Tapi sbb aku dah dpt buku so aku senyap la sket..

Asam Pedas!!

Al-kisah, laki aku mmg dah suruh aku update entry semalam, tapi aku sampai umah je dekat nak pukul 10++ dan badan aku tersangatlah penatnya. Abis, aku sampai office pagi semalam dalam pukul 7.30pagi pastu balik keje lak dalam 9.30mlm so bayangkan berapa lama aku abiskan masa kat office tu sampai aku naik muak tengok bilik aku kat office tu. Banyak benda pending nak kena settle sebab by next monday cuti untuk thaipusam. Aku punya prinsip satu je, kalo cuti tu maknanya cuti la, aku tak nak pikir sangat pasal keje. Mmg aku rehatkan minda aku tahap mega.

So, update for today tak abis lagi pasal entry kat malacca. Lepas je kitaorang sampai kat bandar di hilir, kami check in hotel amik 3 bilik. Kendian, aku ase nak melepak minum kat area hotel tu je sebab hotel tu berhampiran ngan mahkota parade dan ada banyak kedai minum area situ. Sekali, sampai kat situ aku nampak ada banyak kedai jual makanan lazat2 so apalagi kitaorang pun decide nak makan asam pedas yang sangat terkenal di melaka. Kalau kat perak, biasanya asam pedas ni tak sepekat kat melaka..

So, ni lah ghupe asam pedas tu. Laki aku yang beria-ia nak try, aku makan nasi kandar je dan dia yang makan asam pedas ni, aku rasa gak la skit2 sekali lazat tuh....nyesal lak. Sebenarnya, aku bukanlah penggemar asam pedas ni..aku lebih prefer gulai lemak, kari ataupun tempoyak. Pada aku asam pedas ni kalau ada depan mata aku makan le, nama nak mengorder tu idak le..



Kalo kat kl, nasik biasanya sikit je si pekedai tu isi tapi kat sini..wah..menimbun. Tulah menu kami laki bini sebaik je sampai di melaka. Aku order minuman kegemaran milo ais disamping ikan keli masak cili. Laki aku tekak orang melaka kali ni wehhh..


Masa ni aku ngah sibuk makan sampai tak perasan laki aku snap. Lapor lak bila aku tengok lauk pauk berderet tersusun kat stall tu. Apalagi, aktiviti membuncitkan perut bermula...


Kendian, inilah hasilnya...makanan hampir habis dibaham oleh dua piranha. Harga pun berbaloi, mmg bukan aku yang bayor tapi kalau tak silap aku sume tu dalam RM10 tapi tak termasuk air la. Okay ape, kalo kat area opis aku ni tak tau la bape, koman2 dalam RM17.


Masa ni aku tengah sendawa, kenyang..aku saje suruh laki aku amik gambo aku sendawa..mengaborkan aku ini sangat kenyang. Lepas makan baru minum air, sebab abah penah pesan kalau makan jangan bersulam ngan air..


Laki aku lak sendawa, pendek kata mmg aritu aku ngan laki aku lumba2 sendawa la. Aku ase laki aku la juara kot..dia kan makan banyak. Ingat, sendawa lebih dari 3 kali maknanya serupa mcm makan harta anak yatim...tak ikut sunnah nabi, tak kunyah makanan 44 kali sbb tu lambat kenyang so nanti makanan tu lambat digest......mak aku kata. Aku ase aku 2 kali je kot...


Selepas makan, kami tapaukan air untuk mak,abah ngan abang kakak aku sebab diaorang tengah semayang masa kami turun tadi. Malam nanti baru makan reramai..makan lagi..

Tuesday, February 3, 2009

Extra dozes



Ni plak adalah rumah pahang, aku nak naik gak tak kira walaupun laki aku kata ala sume rumah ni hampir sama je..kita pusing2 kat luar je lah....gggrrrrrrrrrr

Ada beberapa peralatan muzik tapi anda tidak dibenarkan menyentuh atau cuba untuk mengalihkan alat2 tersebut. Benda ni sume antik, kita nak pegang sebarangan pun tak leh..
aku pun tak santak nak pegang sangat le...tengok cukup..kang kalo aku pegang pecah ke rosak ke apa, tak ke mampus nak membayar balik...

Ni plak pemandangan sisi umah tu. Cantik..mmg cantik..aku jatuh cinta ngan akar pokok yang melata kat tanah tu..apesal la si pengurus tak snap gambar tu...frust!!!

Kalo kita tengok citer dulu2, mesti kita ingat tempat letak lauk pauk yang kat tempat gantung tu. Orang dulu2 letak kat situ sbb nak elakkan makanan dari kene curik ngan si kucing. Aku tengok ni aku teringat citer batu belah batu bertangkup..si kakaknye melur sorok telur ikan tembakul kat atas tuh sebab adik dia nak makan ikan tu. Bila dah simpan kat atas tu adik dia tak dapat la gapai....apa aku merepek ni??

Gambar persekitaran rumah Terengganu, aku naik gak..aku tak kira...

Kat dalamnya ada mesin penenun untuk songket..inipun first time aku tengok dan pegang, slalu aku merasa tengok gambar je. Besar gak la..kira2 hampir separuh ruang kat situ.

Dari kejauhan, kita dah tau ni umah johor yang cukup termasyhur ngan kuda kepangnya..


Ni masa kat dlm bilik umah johor tu, si pengurus dah melepek keletihan, dibuatnya macam umah sendiri..nasib tak dibantainya tido kat situ.

Cermin solek ni sangat menarik perhatian aku, cantik dengan ukiran2 dulu2. Sebetulnya aku tak penah tengok meja cenggini maybe kat johor banyak la kot tapi kat tempat aku takde.



Ni lah tempat yang best utk melepak. Gambar ni lebih jelas la..sebelah kiri tu umah dan kanan tu dapur. Dapur tu sedikit kecil dan ada para sume bagai.


Ni adalah peralatan yang biasa digunakan pada masa dahulu..sangai tu aku biasa tengok la sbb kat umah opah dulu ada, nyiru pelbagai size tapi selebihnya tu aku tak berapa pasti, maybe bakul la kot.

Ni bahagian loteng umah, ada dua tingkat ghupenye, sekali lagi aku tak berani naik..rasa gayat!!

Ni pemandangan di atas loteng..kat atas ni takde letak pape..kosong je..tapi luas dan sejuk gak la

Aktiviti mengorek idung, sekali tengok kerbau ni mcm betul tapi sebenarnya tak, ia diperbuat dari kayu..ukir gitu...yang tanduknye aku tak bape sure, maybe betul maybe ukir sbb tanduk tu tinggi sangat so aku tak nampak dan tak dapat pegang..


Yeah...inilah umah yang aku nanti-nantikan..umah perak a.k.a Rumah Kutai Perak. Sebaik je aku terpndangkan signboard ni aku terus teringatkan gf lama adik aku, bir. Aku ada terjumpa gambar gf dia kat dalam hp dan dilabelnye nama dayah kutai. Baru ku tahu makna sebenar kutai, mungkin comel la kot so maknanye gf dia comel la gitu. sila maafkan saya kiranya makna tersebut kurang tepat ye cik nona...

Suis ni mengingatkan aku pada kampung halaman ku di Parit, rumah opah. Kat sana still pakai suis cenggini, kalo kat kl mmg payah nak jumpa..kalo ada pun maybe flat lama2 tu la kot. Aku terus tertarik dan suruh si pengurus amik gambar suis ni.

Bahagian belakang sekali ada kerusi lama yang dah rosak maybe diaorg tak sempat alihkan kerusi tu. aku tak berapa berani nak jalan kat situ sbb aku nampak lantai dia dah nak rosak.


Kat sini mmg sejuk even takde kipas, sempat la gak aku layan blues tengok sekeliling. Umah dia special sket sbb kat belakang tu, ada macam beranda untuk berehat sambil potong bawang. Dapur dan rumah tidak bercantum, asing so yang menyambungkan umah ngan dapur adalah beranda yang aku tgh lepak ni la...korang paham tak??Aku pun tak paham.


Ni kat umah perak, at first aku terbayangkan umah perak mcm umah mak aku tapi lain plak. Umah tu diperbuat drp daun nipah kot. Mmg umah camni susah nak jumpa dah kat kampung aku, tak sure la kalau ada lagi atau tak.

Yang membezakan umah melaka adalah tangganya yang berwarna merah.. sebagai penggemar merah yang tegar..mmg aku terus nak snap gambar ni ngan bag yang aku baru beli kat booth tu. Beg tu regenye dalam RM10, ada 2 kaler so aku amik kaler merah la..kata merah itu menawan..
Time aku tengah melepak ni, mak dah tepon suruh aku carik hotel kat bandar dihilir maka akupun terpaksa la gerak dgn ati yg hiba..huhuhu..aku tak betah lagi di kl...aku ingin ketenangan dan kehijauan...

Sebelum balik ni ada gambar kat entrance door tu. Ada bebanyak bendera..pilihlah bendera mana yang korang suka ikut negeri asal korang. Aku dan si pengurus, sangat tegar memilih perak walaupun takde kaler merah kat bendera tu..tetap aku suka..
Last snap sblm bergerak ke bandar di hilir. Sempat posing ngan beg merah baruku itu. Mmg tak nyempat aku nak pakai beg tu, aku pilih, bayor pastu terus sarung je. Tak dulik orang nak cakap aku pakai beg murah..aku suka. Topi tu pun sama gak, aku pilih, bayor then sarung kat kepala..i loike!!!!