Tuesday, February 3, 2009

Extra dozes



Ni plak adalah rumah pahang, aku nak naik gak tak kira walaupun laki aku kata ala sume rumah ni hampir sama je..kita pusing2 kat luar je lah....gggrrrrrrrrrr

Ada beberapa peralatan muzik tapi anda tidak dibenarkan menyentuh atau cuba untuk mengalihkan alat2 tersebut. Benda ni sume antik, kita nak pegang sebarangan pun tak leh..
aku pun tak santak nak pegang sangat le...tengok cukup..kang kalo aku pegang pecah ke rosak ke apa, tak ke mampus nak membayar balik...

Ni plak pemandangan sisi umah tu. Cantik..mmg cantik..aku jatuh cinta ngan akar pokok yang melata kat tanah tu..apesal la si pengurus tak snap gambar tu...frust!!!

Kalo kita tengok citer dulu2, mesti kita ingat tempat letak lauk pauk yang kat tempat gantung tu. Orang dulu2 letak kat situ sbb nak elakkan makanan dari kene curik ngan si kucing. Aku tengok ni aku teringat citer batu belah batu bertangkup..si kakaknye melur sorok telur ikan tembakul kat atas tuh sebab adik dia nak makan ikan tu. Bila dah simpan kat atas tu adik dia tak dapat la gapai....apa aku merepek ni??

Gambar persekitaran rumah Terengganu, aku naik gak..aku tak kira...

Kat dalamnya ada mesin penenun untuk songket..inipun first time aku tengok dan pegang, slalu aku merasa tengok gambar je. Besar gak la..kira2 hampir separuh ruang kat situ.

Dari kejauhan, kita dah tau ni umah johor yang cukup termasyhur ngan kuda kepangnya..


Ni masa kat dlm bilik umah johor tu, si pengurus dah melepek keletihan, dibuatnya macam umah sendiri..nasib tak dibantainya tido kat situ.

Cermin solek ni sangat menarik perhatian aku, cantik dengan ukiran2 dulu2. Sebetulnya aku tak penah tengok meja cenggini maybe kat johor banyak la kot tapi kat tempat aku takde.



Ni lah tempat yang best utk melepak. Gambar ni lebih jelas la..sebelah kiri tu umah dan kanan tu dapur. Dapur tu sedikit kecil dan ada para sume bagai.


Ni adalah peralatan yang biasa digunakan pada masa dahulu..sangai tu aku biasa tengok la sbb kat umah opah dulu ada, nyiru pelbagai size tapi selebihnya tu aku tak berapa pasti, maybe bakul la kot.

Ni bahagian loteng umah, ada dua tingkat ghupenye, sekali lagi aku tak berani naik..rasa gayat!!

Ni pemandangan di atas loteng..kat atas ni takde letak pape..kosong je..tapi luas dan sejuk gak la

Aktiviti mengorek idung, sekali tengok kerbau ni mcm betul tapi sebenarnya tak, ia diperbuat dari kayu..ukir gitu...yang tanduknye aku tak bape sure, maybe betul maybe ukir sbb tanduk tu tinggi sangat so aku tak nampak dan tak dapat pegang..


Yeah...inilah umah yang aku nanti-nantikan..umah perak a.k.a Rumah Kutai Perak. Sebaik je aku terpndangkan signboard ni aku terus teringatkan gf lama adik aku, bir. Aku ada terjumpa gambar gf dia kat dalam hp dan dilabelnye nama dayah kutai. Baru ku tahu makna sebenar kutai, mungkin comel la kot so maknanye gf dia comel la gitu. sila maafkan saya kiranya makna tersebut kurang tepat ye cik nona...

Suis ni mengingatkan aku pada kampung halaman ku di Parit, rumah opah. Kat sana still pakai suis cenggini, kalo kat kl mmg payah nak jumpa..kalo ada pun maybe flat lama2 tu la kot. Aku terus tertarik dan suruh si pengurus amik gambar suis ni.

Bahagian belakang sekali ada kerusi lama yang dah rosak maybe diaorg tak sempat alihkan kerusi tu. aku tak berapa berani nak jalan kat situ sbb aku nampak lantai dia dah nak rosak.


Kat sini mmg sejuk even takde kipas, sempat la gak aku layan blues tengok sekeliling. Umah dia special sket sbb kat belakang tu, ada macam beranda untuk berehat sambil potong bawang. Dapur dan rumah tidak bercantum, asing so yang menyambungkan umah ngan dapur adalah beranda yang aku tgh lepak ni la...korang paham tak??Aku pun tak paham.


Ni kat umah perak, at first aku terbayangkan umah perak mcm umah mak aku tapi lain plak. Umah tu diperbuat drp daun nipah kot. Mmg umah camni susah nak jumpa dah kat kampung aku, tak sure la kalau ada lagi atau tak.

Yang membezakan umah melaka adalah tangganya yang berwarna merah.. sebagai penggemar merah yang tegar..mmg aku terus nak snap gambar ni ngan bag yang aku baru beli kat booth tu. Beg tu regenye dalam RM10, ada 2 kaler so aku amik kaler merah la..kata merah itu menawan..
Time aku tengah melepak ni, mak dah tepon suruh aku carik hotel kat bandar dihilir maka akupun terpaksa la gerak dgn ati yg hiba..huhuhu..aku tak betah lagi di kl...aku ingin ketenangan dan kehijauan...

Sebelum balik ni ada gambar kat entrance door tu. Ada bebanyak bendera..pilihlah bendera mana yang korang suka ikut negeri asal korang. Aku dan si pengurus, sangat tegar memilih perak walaupun takde kaler merah kat bendera tu..tetap aku suka..
Last snap sblm bergerak ke bandar di hilir. Sempat posing ngan beg merah baruku itu. Mmg tak nyempat aku nak pakai beg tu, aku pilih, bayor pastu terus sarung je. Tak dulik orang nak cakap aku pakai beg murah..aku suka. Topi tu pun sama gak, aku pilih, bayor then sarung kat kepala..i loike!!!!