Monday, February 2, 2009

Birthday ibu mertua ku

Selepas abis bersuka ria di kampungku, kami kembali ke rumah ibu mertuaku untuk menyambut hari lahir beliau. Hanya cake dan sedikit cenderahati dapat kami berikan memandangkan waktu yang amat suntuk. Kedai pun banyak dah tutup so laki aku beli je la sebagai tanda ingatan.

Ni gambar cake yang sempat kami beli sbb kebanyakkan kedai cake kat sini dah tutup, aku nak cheese cake tapi dah takde, kira okay la ni. Lilin tu dah nak cair nunggu laki aku amik kamera kat kete, pelupa tul laki aku tu.

Ni ibu mertua saya meniup lilin, aku sempat lagi selit cakap..mak, lepas tiup lilin mak kene buat wish..a special wish..

Aku pandang ngan penuh napsu..makan kek..makan kek..yeay!!

Sebagai penggemar cake yang sangat2 tegar, aku akan memulakan langkah terlebih dahulu memenuhkan tangki perutku dan merasai kemanisan kek tersebut sambil tu mengomen la, sedap ke tak sedap. Kata mak, aku ni sama mcm dia suka makan yang manis2..

Lepas makan kek, kami pun main2 ngan kucing kecik. Si Kitty ni suka nau ngejar kaki orang.

Woitt..korang jangan pikir lain plak..itu kucing la..kucing..kucing tu menyelinap masuk kat situ. Perlukah aku cemburu ngan kucing tersebut..hampeh!!

No comments:

Post a Comment