Tuesday, February 3, 2009

Extra dozes



Ni plak adalah rumah pahang, aku nak naik gak tak kira walaupun laki aku kata ala sume rumah ni hampir sama je..kita pusing2 kat luar je lah....gggrrrrrrrrrr

Ada beberapa peralatan muzik tapi anda tidak dibenarkan menyentuh atau cuba untuk mengalihkan alat2 tersebut. Benda ni sume antik, kita nak pegang sebarangan pun tak leh..
aku pun tak santak nak pegang sangat le...tengok cukup..kang kalo aku pegang pecah ke rosak ke apa, tak ke mampus nak membayar balik...

Ni plak pemandangan sisi umah tu. Cantik..mmg cantik..aku jatuh cinta ngan akar pokok yang melata kat tanah tu..apesal la si pengurus tak snap gambar tu...frust!!!

Kalo kita tengok citer dulu2, mesti kita ingat tempat letak lauk pauk yang kat tempat gantung tu. Orang dulu2 letak kat situ sbb nak elakkan makanan dari kene curik ngan si kucing. Aku tengok ni aku teringat citer batu belah batu bertangkup..si kakaknye melur sorok telur ikan tembakul kat atas tuh sebab adik dia nak makan ikan tu. Bila dah simpan kat atas tu adik dia tak dapat la gapai....apa aku merepek ni??

Gambar persekitaran rumah Terengganu, aku naik gak..aku tak kira...

Kat dalamnya ada mesin penenun untuk songket..inipun first time aku tengok dan pegang, slalu aku merasa tengok gambar je. Besar gak la..kira2 hampir separuh ruang kat situ.

Dari kejauhan, kita dah tau ni umah johor yang cukup termasyhur ngan kuda kepangnya..


Ni masa kat dlm bilik umah johor tu, si pengurus dah melepek keletihan, dibuatnya macam umah sendiri..nasib tak dibantainya tido kat situ.

Cermin solek ni sangat menarik perhatian aku, cantik dengan ukiran2 dulu2. Sebetulnya aku tak penah tengok meja cenggini maybe kat johor banyak la kot tapi kat tempat aku takde.



Ni lah tempat yang best utk melepak. Gambar ni lebih jelas la..sebelah kiri tu umah dan kanan tu dapur. Dapur tu sedikit kecil dan ada para sume bagai.


Ni adalah peralatan yang biasa digunakan pada masa dahulu..sangai tu aku biasa tengok la sbb kat umah opah dulu ada, nyiru pelbagai size tapi selebihnya tu aku tak berapa pasti, maybe bakul la kot.

Ni bahagian loteng umah, ada dua tingkat ghupenye, sekali lagi aku tak berani naik..rasa gayat!!

Ni pemandangan di atas loteng..kat atas ni takde letak pape..kosong je..tapi luas dan sejuk gak la

Aktiviti mengorek idung, sekali tengok kerbau ni mcm betul tapi sebenarnya tak, ia diperbuat dari kayu..ukir gitu...yang tanduknye aku tak bape sure, maybe betul maybe ukir sbb tanduk tu tinggi sangat so aku tak nampak dan tak dapat pegang..


Yeah...inilah umah yang aku nanti-nantikan..umah perak a.k.a Rumah Kutai Perak. Sebaik je aku terpndangkan signboard ni aku terus teringatkan gf lama adik aku, bir. Aku ada terjumpa gambar gf dia kat dalam hp dan dilabelnye nama dayah kutai. Baru ku tahu makna sebenar kutai, mungkin comel la kot so maknanye gf dia comel la gitu. sila maafkan saya kiranya makna tersebut kurang tepat ye cik nona...

Suis ni mengingatkan aku pada kampung halaman ku di Parit, rumah opah. Kat sana still pakai suis cenggini, kalo kat kl mmg payah nak jumpa..kalo ada pun maybe flat lama2 tu la kot. Aku terus tertarik dan suruh si pengurus amik gambar suis ni.

Bahagian belakang sekali ada kerusi lama yang dah rosak maybe diaorg tak sempat alihkan kerusi tu. aku tak berapa berani nak jalan kat situ sbb aku nampak lantai dia dah nak rosak.


Kat sini mmg sejuk even takde kipas, sempat la gak aku layan blues tengok sekeliling. Umah dia special sket sbb kat belakang tu, ada macam beranda untuk berehat sambil potong bawang. Dapur dan rumah tidak bercantum, asing so yang menyambungkan umah ngan dapur adalah beranda yang aku tgh lepak ni la...korang paham tak??Aku pun tak paham.


Ni kat umah perak, at first aku terbayangkan umah perak mcm umah mak aku tapi lain plak. Umah tu diperbuat drp daun nipah kot. Mmg umah camni susah nak jumpa dah kat kampung aku, tak sure la kalau ada lagi atau tak.

Yang membezakan umah melaka adalah tangganya yang berwarna merah.. sebagai penggemar merah yang tegar..mmg aku terus nak snap gambar ni ngan bag yang aku baru beli kat booth tu. Beg tu regenye dalam RM10, ada 2 kaler so aku amik kaler merah la..kata merah itu menawan..
Time aku tengah melepak ni, mak dah tepon suruh aku carik hotel kat bandar dihilir maka akupun terpaksa la gerak dgn ati yg hiba..huhuhu..aku tak betah lagi di kl...aku ingin ketenangan dan kehijauan...

Sebelum balik ni ada gambar kat entrance door tu. Ada bebanyak bendera..pilihlah bendera mana yang korang suka ikut negeri asal korang. Aku dan si pengurus, sangat tegar memilih perak walaupun takde kaler merah kat bendera tu..tetap aku suka..
Last snap sblm bergerak ke bandar di hilir. Sempat posing ngan beg merah baruku itu. Mmg tak nyempat aku nak pakai beg tu, aku pilih, bayor pastu terus sarung je. Tak dulik orang nak cakap aku pakai beg murah..aku suka. Topi tu pun sama gak, aku pilih, bayor then sarung kat kepala..i loike!!!!

Monday, February 2, 2009

Pemandangan di Taman Mini

Ni adalah pemandangan di taman mini melaka. Aku laki bini tak larat nak jalan banyak2 so lebih kurang je gambar yang kami snap pun. Pertama, hanya berbekalkan sandwich dan milo ais tank kami hanya mampu bertahan sehingga pukul 4pm sahaja dan apabila bekalan tenaga semakin berkurangan makanya kami tak laju berjalan.

Ni salah satu pemandangan yang sgt menarik, kata laki aku ini commando obstacle. Ni lebih kepada untuk team building- motivational camp.
Ni lak salah satu daripada umah2 yang ada kat situ, aku actually lebih tertarik pada pemandangan dia yang sangat cantik dan superb...aku nak datang lagi sini..

Tengah terik2 berjalan tu tetiba aku nampak ada brader jual aiskrim. Sebagai peminat aiskrim so aku tak leh menahan diri so aku terus mintak laki aku belikan aiskrim..Ada mcm2 jenis tapi aku nak yang dalam cone tu..tak kira...
Ni lak adalah perkampungan filipina, umah dia bukan mcm umah melayu kita..rumah batu warne putih tapi aku tak masuk sebab aku ase sedikit sunyi tempat tu..

Lagi skali motivational camp, namanya aku tak berapa tau..

Superman......................ini untuk rope climbing....



Umah yang kat dalam air ni aku sendiri tak pasti umah apa tapi ianya dibina di dalam air. Umah ni mmg cantik la, dengan pemandangan dia yang superb..aku ase mmg leka tengok umah ni.


Ni la umah filipina yang dimaksudkan, aku masuk kat depan ni je..tetiba aku nampak satu gambar auntie kat atas cabinet tu..terus tak jadi naik..tak pe lah.



Ini lak gambar umah sabah kalau tak silap aku. Mmg aku tak berapa pasti sangat sebab terlalu banyak umah kat sini. Aritu aku ingat lagi, tapi bila dah balik kl aku lupa lak. Ceih..aku ase aku ni banyak sangat makan semut la..

Melaka..bandar bersejarah..RUMAH SARAWAK

Yeah..January ni banyak gak cuti..skang ni aku tengah cuti la untuk ari wilayah..dah keje aku kat kl so sah la aku citu tapi Mr. Manager a.k.a laki aku kene keje lak arini. Hari sabtu aritu, kami ke Melaka dengan tujuan:
1. cousin punya wedding kat Umbai
2. jenjalan
Sebelum berangkat, kami sempat posing lagi..Actually, kami suppose bergerak sedikit awal tapi sebab laki aku tak leh bangun so kami kuar umah dalam kol 11++. Sebab malam semalamnya laki aku ke Klang so sampai umah sedikit lewat. Aku lak kol 3am baru tido tengok youtube.
Masa ni umah aku sedikit bersepah..aku tak sempat nak kemaskan so nasib laki aku sempat buang sampah sebelum kitaorang bergerak ke melaka. Sesampai je kat Melaka, sedikit lewat dan event pun dah nak mula. Time ni aku lakibini masih menggagau lagi nak carik umah kat ner. So, aku cuba dapatkan green light dari mak untuk tak yah attend wedding tu. Mak pun on sebab umah tu sedikit jauh ke dalam dan banyak simpang. Takut sesat nanti..aku pun apa lagi..yeay...jalan ke taman mini melaka....tengok replica rumah sumer negeri..i loike!!!
Sampai je kat sana, ada banyak booth jual souvenir. So sebelum beli tiket, aku pun apalagi ushar apa yang patut, kalau ada murah leh gak aku beli buat kenangan.
Topi cowboy ni sangat cantik dan murah, dalam RM10 je. So aku beli la satu, ala-ala jason mraz sket topi tu. Yang laki aku pakai ni kami tak beli sebab tau bukannya pakai nanti.

Then, kami beli tiket dan kebetulan masa tu ada show so laki aku kata jomla kita layan show ni dulu. Time ni baru je start so orang tak le ramai sangat...ke memang tak ramai orang time ni?? Show ni dibuat di pentas teja..masa kat sini aku teringat jiran lama aku kat kampung Parit. Makcik ni namanya Cik Mah dan laki dia aku panggil Cik Din. Diaorang ni asal dari Ayer Keroh la, anak2 dia ramai dan yang aku ingat Salbiah tu sbb sebaya ngan abang aku..mana la diaorang skang ek...
Dalam ramai2 penari tu, aku tertarik tengok mamat kaki besar ni. Aku suruh laki aku close up. Apa agaknya pendapat korang tengok gambar ni???
Lepas abis show, aku lak nak sambung nari tapi laki aku suruh aku posing lak..kacau tol!!!
Sekali aku jumpa beca la...Sepanjang kat sini aku tak naik langsung beca sebab aku tak sampai ati..aku ase kesian sangat tengok pakcik2 tu kayuh beskal.
Rumah pertama yang kami lawati adalah rumah sarawak. Rumah ni agak unik dan menarik. Masa ni aku tengah excited sebab tak penah tengok umah sarawak yang real nye, slalu tengok gambor je.
Kendian, aku jumpa tangga nak naik. Ada dua tangga, yang satu tu tangga papan yang kita biasa tengok la dan yang dalam gambar ni tangga lagi satu. Aku cakap kat laki aku, abang aku nak naik tangga yang extreme sket..tak main la naik tangga biasa..Sekali, aku gayat la..takut jatuh..sebab tangga tu licin..mau bersepai gigi aku kalo jatuh nih..
Laki aku lak nak posing..yelah..yelah..nak masuk dalam kene bukak kasut. Rumah ni lantainya buluh so bila pijak tu berdecit la bunyiknya. Aku ase, sbb tu orang dolu-dolu ni sihat2 sebab lantai tu seolah-olah reflexology utk tapak kaki. Tak yah pegi massage ctr pun takpe.
Aku sebenarnya gayat, so sangat hati2 aku jalan sebab bila aku jalan aku nampak tanah..aku takut bangat ngan ketinggian ni.

Yang ni memula aku ingatkan ayam idup..terkejut aku..cantik..mmg cantik!!



Ni kat bahagian dalam umah tu dan ada dua tingkat la. Aku tak naik tingkat atas ni, takut sebab tangga naik dia pun ekstrem gak. Si pengurus je yang berani naik, aku suruh dia amik gambar je nanti aku tengok aku kata.
Sekali lama nau laki aku bertenggek kat atas tu, aku nak ikutlah. Again, half way je aku berjaya..rasa gayat tahap melampau.
Tangga ni aku takkan lupa, sekian lama aku tak gayat..sesekali datang balik perasaan tu.Orang yang reka tangga ni mmg bijak, bayangkan masa zaman tu mana ada benda2 moden cam kita skang, diaorang tarah tangga tu pakai kapak je kot..masih boleh meniti lagi.